Sunday, 25 November 2012

maaflah

maafla. xbole tolerate dgn orang yang macam tu..
blom apa2 dah mcm tu. sblum kna dosa mengata n xda dapat mencegah dengan tangan, lidah dan worst lagi hati even dengan hati tu adalah selemah2 iman.'terpaksa' faham dgn situasi yang dia/ mereka lalui n can't cegah dgn hati dan hold up hati along the right tract.
lbh baik unfrend je orang macam tu. bukan sorang je kena unfrend tapi kedua2 unfrend sebab kedua2 nya salah. baik mcm mana pon. how many mutual frend n we feel so close. kita mmg berbeza n thought that we can't be the same. so good bye both of you. haha

p/s : kalau mmg kau hensom macam mana pon. kalau kau caring dgn adik2 kau ak boleh terima. kalau kau doing it wrong. guna sifat caring kau in wrong place maaflah. kau dengan dia get out of my sight

Sunday, 4 November 2012

why u sad? just smile.

aku just realised that how to be happy everyday. yea. it does not work for me everyday lah.
bila ak sedar ak terlalu banyak moncong ( buruk gila ) =)
tambah2 bila asignment banyak gila. pastu tengok pulak jadual kelas dr 8-5petang pack. ko pikir ak mampu happy ker?
pastu. Ya Allah exam lagi. kuiz. it happen serentak. fikir pikiran aku mcm mana? xke rasa bad gile. mood down giler. moral pon down terhempas pulas jatuh ke lantai. owhh.

then  akn trsedar kenapa lah ak nie jahat ( not really ) sgt moncong je xde benda lain ke nak buat bila stress. cara terbaik adalah dengan buat orang happy dulu. means senyum. my point is buat orang happy denang senyuman kita ( macam lah cntx sgt dpt sjukkan hati org.kahkahkah) insyaallah kita akan happy jugak akhirnya, caranya senyum.. percayalah it do work.

we were beautiful in our own way. believe yourself and smile. doa n tawakal. setiap dugaan ada jalan nya. insyaallah.

Thursday, 1 November 2012

penguat hati ambo


assalamualaikum
jengjengjeng. mempersembahkan. saksikan. wahaha
akan terlerai janji rindu terpendam with my family okeyh. happy giler. just temporary actually.
obstacle just right infront. precausion ohh.
~ get ready for interview preparation
~ 2 more papers infront

put aside .  alhamdulillah :)

Thursday, 25 October 2012

write diary on Eid

kesedihan aku, keseorang aku, kesunyian aku semuanya (almost) tertulis dimuka dia
kenakalan aku, kejiwangan aku terpancar kan sini once u open it. so dont open it
dari 11.5.2011 till 25.10.2012 and more. almost setahun setengah and more
again on eid will write here again
my sobss : : happy Eid Adha

tulisan yg terpaksa di pdm. takut tercetus controversi ( aku. erkk.. apakah?)

hujung buku yg nmpknya dah berkedut


we were together. ahakkss

Wednesday, 17 October 2012

minat Mamat

Kinda minat Mamat.Kinda suka sangat tengok Mamat. Cara Mamat sembang, cara Mamat gelak.Kinda suka sgt tengok Mamat cakap, confident habis. Masa kat kantin, Kinda cakap dengan orang lain tapi pada masa yang sama Kinda tengok Mamat.
Pada suatu hari, Mamat dengan Kinda main dekat padang. Masa tu Mamat tegur Kinda.Mamat sebut hai je. Kinda rasa happy sampai rasa nak pengsan.
Kinda juga suka usher Mamat dalam kelas. Masa Mamat duduk kat bangku panjang. Masa Mamat borak dengan kawan sebelah nya atau pon time Mamat datang awal ke sekolah.
hari makin hari, Kinda menjadi fedup dan bosan.bila minat menjadi penantian cinta dan penantian nya tidak bermakna Kinda tersedar dan terfikir bahawa semuanya sia-sia.
 sekuat mana Kinda minat, sekuat mana pengharapan dan minat menjadi rindu dan cinta kalau Allah kata bukan masanya
: : semuanya tidak bermakna dan
: : menjadi debu-debu di padang lalang,
: : menjadi serbuk gula di dalam gudang dan
: : menjadi butiran pasir di tengah pantai.
selalu, Kinda mintak dengan Allah supaya menjauhkan Mamat dari pandangan Kinda. justeru, Kinda mula melebarkan kasih nya melihat disekitar alam. kelihat kebesaran Tuhan, menikmati keindahan.

Alhamdulillah



wordless wednesday


Tuesday, 16 October 2012

cinta

one of my friend told:

"nak tengok perempuan nie kalah or gagal dalam pelajaran etc senang je. guna ayat power2 sikit. biar cair. sure buku kemana apa kemana."

nampak x permainan mereka dan mereka? entry ini bukan lah berbaur perkauman ke apa tapi warning kepada perempuan out here. actually that friend tu adalah lelaki yang sgt anti / asyik nak menang je dalam apa hal. so aku xsalah kan dia ckp mcm tu instead of that dia cuba sampaikan yang sebenarnya perempuan sangat lemah kalau di perang melalui cinta. I admit that kasih sayang tu perlu tapi bukan cinta.

and the sweet moment bila sorang pakcik teksi. yeah I know him only short period of time otw ke Duta. his nasihat yang sgt bermakna:
1. perempuan bila belajar xpayah lah sibuk-sibuk bercinta. nanti pelajaran kemana. cinta merana.
2. selesai study, once kerja pegang duit sendiri jangan lupa berbakti dengan ibu bapa sendiri.

nice. bermakna sungguh nasihat pak cik tu and I will remember =)

rapuh

rasa rapuh je
bila ujian datang or the result of action come out lagi terasa rapuh
then tertanya should I make it better than this and better than that. bla3
only when it is late baru tersedar

then datang lagi satu tugasan
loggokan itu makin terasa rapuh dan memberat
lalu menjadi seperti awan yang sarat dengan dengan particle2 air
menunggu masa untuk melabuhkan kesengsaraan

the cycle of evaporation of water making hujan
insyaallah hujan membawa rahmat Tuhan ~ ~
hoping ^^

Sunday, 14 October 2012

quotes1

"Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilahhati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dadakami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu... . ameen Ya Robb..

Friday, 5 October 2012

punca malas

l have found this punca malas as it may help to kick out malas when it come around

1. terlalu inginkan kesempurnaan
2 kerap bertangguh
3 tiada matlamat hidup yang tepat dan jelas
4 masa terlalu lapang
5 berfikiran negatif sebelum bertindah dan mencuba
6 bisikan dan godaan syaitan
7 tiada motivasi dalaman
8 disebabkan makan terlalu kenyang atau tidur terlalu lama

credit to : genQ
              nabihahhanif as pemilik buku :)



pesanan penaja :: any success must be paid with drops of sweat

warkah sahabat

Assalamualaikum ..wjib jawab

menerewang jap ilang kan stress.. exm mggu depan.. cewah bley dok layan semo benda kt cni ag ... hurmm.. how i going to dooo?? hisyhhhh

 oke.. munafik btol lr kan klo owang kat dunia ni xnak having a sisters aka siblings yg kamceng giler,,  kawan yg emang stu kepala gila2 bak kata owg muda2 kwn2 yg bley sepak bola laju2 <awk pompuan arsha.. aduisss> haaa.. yg bleyh kongsi novel bersama  <haaa,, bwu kena >  senang cita bley kongsi suka duka ngan kita lrrr...

 yang Arsha persan lrr banyak cara yg kita bley wt ntok mngerat kt hbngan kkluargaan.

makan bersama kluarga atw our frendzzz... tp slalu nya owg susah nk prktik. alasan cbuk trutamanya yg student trantang2 nih :)..tp klo dah jaoh dr family nih trpaksa lh kan.. hurmmm.. kna ajk ramai2 kgkawan turun cfe k.. klo dy xnak tarik turun tangga sepak laju2 sampai bawah.. wahh.. kejam giler

banyak kan chitchat.. tp xyah arr sampai kena halau keluar dewan kuliah plak.. maksdnya jmpa bertgur sapa lrrr g2
 kongsi kan crita2 yg bezzz ngan kgkawan.. xde lr nnti asyik kongsi crita sedihh jer mmanjang smpai xlrat da kgkawan anda nk nangis kk.. variasi kan feeling kgkawan tuhh k.. xder lr boring sgt idupp   
before finishhh... let arsha de Haisa < i like this name dunno yy??? guna since school agi >
Arsha nk  bercerita ckit kgkawan arsha kk...  growth togther in 1 school and 1 class mmg learn 2gather.. gather 2gather...
erggghh ayat ap kahh?? hehe...


okehhh.. tp dlm bnyak2 owg nihh... ada lah 8 owg member nihh yang emang lg gather 2gather lrhhh... mmg cyunq giler ngan dorang...tp knangan ttp brlalu... hati kena strong enoughhhh larrhh... pergh klo trigat ngan keakraban itu trasa kan nangisss jerrr...


 untuk mu sahabat...
ku rindu saat itu,, saat kita duduk dan bercerita di satu barisan bangku panjang
Sayang.. kisah itu terjadi terlalu cepat dan sayang cerita itu ditulis terlalu pendek..
Kala aku ingin memejamkan mata..
Kau adalah cahaya lilin kecil yang menerangiku
Ditengah kegelapan malam yang mencekam..
Masihkah kau mengingatku?? dan kini aku hanya mampu
membiarkan kau pergi tanpa mampu menghalang
Membiarkan dirimu lenyap tanpa menoleh wajah ke arah ku..

Bff   4 ever and ever.... Arsha sntisa abadi kt setiap moment yg trtitip.. tapi janji Allah itu ttp.. setiap pertemuan pasti ad perpisahan n kita perlu hargai setiap saat yg trcipta ngn bff kiter tuhh ehhh...n xlupa smga persahabatan itu brkekalan..

  hurmm itu ajer lh setakat nie...     akhir kalam jaga lh hubungan sesame kte so that hdp kiter akn lbh berwarna- warnieeee

p/s: salam bahagia n berbunga ceria

Pluss +++ entry ni sebenarnya repost as post lama terpadam. as mengeledah sekejap tgok segala post. post lama2 yang rasa xsesuai dipadam . rupanya banyak benda yang ak tulis merepek2 macam kerepek selama ni.. pffft





Wednesday, 19 September 2012

indah nya rahmat Tuhan and entry please do


Alhamdulillah.. dalam kesulitan ada kemudahan dan kesulitan xkan pernah turun melebihi kemampuan yang kita ada.dan hari nie Alhamdulillah already received taraaaaa..


imej dari google as my bluetooth is very poor bila nak transfer imej fon ke lappy. lozh

so sapa nak pergi roller star arena boleh book. nak g pergi Lake Town Resort pon boleh book . get lost tambun pon bolehh.. eh3 silap The Lost World of Tambun pon boleh guna kad diskaun pelajar nie.wahaha. lull. banyak betul. xtahan KFC and all stuff of shop yang jual barang runcit mcm Mydin pon boleh guna boleh tengok web site 1pengguna.com. klik je senarai syarikat kat situ ye =) kan mudah.. hoho.

 tapi nak cari outlet yang jual buku and all stationary macam xbest pilihan nya. apa ja yang best MPH, all kedai yang jual buku2 ringan je. tapi do search. jangan xcari.haihhh. 

not enough of time. hoolaa. esok nak kena pergi Prince court Medical Centre. baju kena iron, lab coat. cuak tiba2. huwaarrr

I learnt something from paku and as well as pengalaman today. please do sebab xsemua sabar dengan apa yang u/not u buat. hati orang pon xrela dimarah dan diberontak atas kesalahan yang dorang xwat pon.please realise yang kesalahan itu berpunca dari kesalahan sendiri, kecuaian sendiri.please =(
orang xsalah pon instead orang yang sekekeling tu nak tolong lagi kot. 

please do read and realize

kisah nya bermula dengan seorang lelaki pemarah dan panas baran. Lelaki itu susah  mengawal kemarahannya walaupun dalam hal-hal sekecil kuman. Marahnya menjadi-jadi kerana dia suka memendam..       
Suatu ketika, bapanya hadiahkan seguni paku. Lantas dengan hairan lelaki itu bertanya kepada ayahnya, "Untuk apa paku-paku ini ayah?"   
alt  Ayahnya dengan tenang menjelaskan, "Setiap kali kau marah, paku tembok batu kat depan rumah kita tu dengan paku ni ."  
   Pemuda itu pun ikutlah pesanan ayahnya . Hari pertama sahaja pemuda itu sudah memaku sebanyak 37 batang paku di tembok batu tersebut...( jangan main-main banyak tu )
Selang beberapa minggu, marah ye pun dapat dikurangkan. Jumlah paku yang digunakan pun semakin hari semakin kurang. Akhirnya, dia dapati, lebih mudah untuk mengawal marah  dengan hanya memukul paku kat tembok batu.
Akhirnya pemuda tersebut langsung tidak marah walaupun sekali. Dia lantas dengan rasa gembira memaklumkan kepada bapanya. Bapanya terus mengucapkan tahniah dan meminta dia mencabut kembali paku yang saban hari di gunakan  satu persatu .  
     Selesai mencabut, dia pun memaklumkan hal itu kepada ayahnya . Bapanya pun memimpin tangan dia menuju  tembok batu tersebut dan berkata, "Kau lakukannya dengan baik sekali anakku, tapi cuba lihat kesan lubang kat tembok batu tu. Tembok tu x akan kelihatan sama lagi seperti yang sebelum ini.  
   Apabila kamu menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah , pasti akan meninggalkan kesan parut atau luka sama seperti kat tembok ni. Kamu boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Namun luka itu masih tetap ada. Luka di hati lebih pedih daripada luka fizikal. Insan di sekeliling kita adalah permata yang sukar ditemui ~~
deep from my heart 

::it's not about money, it's not about effort but it is how much we care, we love ..
Don't go for looks, they can deceive. Don't go for wealth even that fades away. Go for someone who makes you smile. And don't keep you tears as we can cry together :)


Friday, 13 July 2012

demi masa. ranking jam


Demi masa sesungguhnya manusia memerlukan jam. Jika tidak pastinya kerugian dan masa itu  ibarat emas. 
Koleksi peribadi jam tangan. Nope. Actually bukan simpanan peribadi pon tapi jam yang pernah melekap kat tangan haye.

Jam pertama : jam GG
Kaler unggu. Jam yang first seinggat aku. Arwah Ayah yang beli dan happy sangat dan rasa diri disayangi. hewhew. like father like daughter. Pakai tangan kanan coz nk ikut ayah pkai jam tangan kiri. kononnya

Jam ke2
Bermuka bulan ala2 ikut trend bagai bila jam yang lama rosak. ganas macam apa tah pakai jam sampai rosak..  TTttt ..
Dan jam kedua pun begitu.. xsampai seminggu pon pakai mlawak dengan kawan sampai terlucut tempat cangkuknya. Punya takut kena marah time tu.. nak pulak melawak atas pangkin yang bawahnya adalah kolam. Holaa. Nasib baik dapat diselamatkan balik wat derk je macam tak dak apa2 yang berlaku. Hampagas! :D

Jam ke3
Bila arwah ayah dah xda jam first yang mak belikan pulak adalah jam bermuka petak empat segi tepat. Erk? Berpetak panjang kebawah. Seingat nya sewaktu tingkatan 1 or 2 coz ayah meninggal time darjah 6.
Tu pon sayang nak tukar jam baru mengenangkan tu adalah pemberian ayah. Tapi dah jemu sangat guna dah lama. tengok jam je muka yang sama setiap hari. Perasaan tu jadi semacam je! Werk !!

Jam ke4
Jam ke4 adalah bermuka segi empat sama. Square. Bila jam ke2 ganti dengan jam ke3 dah hilang sedikit jemu. Bertukar arah dari jam ke3 ke jam ke4 sebab tali jam yang problem. Tali jam rosak mungkin. Bila tukar dengan tali baru pon macam xselesa je pakai. Kiranya sekejap je jam ke3 ada kat tangan. Beli jam ke4 time form3 dan bertahan sampai habis matrix dan time nak masuk U baru tukar. Tu pon masih elok lagi jam tu. Mak amek pakai sebab xnak bagi kat adik nanti dia hilangkan. Xpandai nak jaga n suka buka2 bila pakai jam.

Jam ke5
Muka bulat yang lebih besar dr jam ke2. Casio Quartz. Terengek2 kat mak sebab nak jugak jam muka pink nih. Rezki lbh bila time2 nak masuk u.  kiranya jam first yang aku beli guna duit sendiri Allah bagi. Dan not fully lah duit sendiri coz mak support sikit. Dan jam itu masih di gunakan sampai sekarang ( 2011- sekarang)

Jam ke6
Record bersih adalah 5 jam yang bertahta kat tangan aku. Dan jam ke6 adalah yang gedik2 aku beli. 15hinggit je pon tapi tulah dah goyang2 dah jarumnya. Huhuhu. Dan still dengan jam ke5. Sekian
Awak baik2 lah wahai jam yang budiman penjaga masa walaupun tuan mu sebegitu wftttzz ehemehem.

p/s #
Entry berbaur sejarah masa lepas yang nak aku kenang. Nostalgia masa lalu. Don’t get it wrong!
semakin suka mengeluarkan entry berbentuk rentetan peristiwa :)


وَٱلۡعَصۡرِ
"Demi Masa!" 
إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ
"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian" 
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ
"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar" 

tazkirah #

13 Petua Untuk Mudah Qiyamullail

Antara ikhtiar yang boleh kita sama-sama amalkan untuk istiqamah berqiyamullail: 


1- Ikhlas kepada ALLAH dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredhaanNYA, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya dari pengetahuan orang ramai. Ini bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.


2- Hendaklah melakukan solat malam dengan perasaan dalaman bahawa ALLAH swt menjemputnya untuk bangun di tengah malam.

3- Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun malam berdasarkan pengajian & perbincangan.

4- Memerhati kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah & iltizam melakukan qiyamullail khususnya para soliheen di kalangan sahabat & ulama'.

5- Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah saw.

6- Tidur dalam keadaan berwudhu' seperti yang ditegaskan oleh Rasulullah saw: "Apabila kamu hendak masuk tidur, berwudhu'lah seperti untuk menunaikan solat."-Hadith riwayat Imam Bukhari & Muslim daripada al-Barra b. Azib.

7- Bersegeralah masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama selepas solat Isya' seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw.

8- Berzikir dengan wirid-wirid yang ma'thur seperti Ma'thurat sebelum tidur, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, dan baca doa tidur. Kerana ia menjadi benteng diri dari kejahatan syaitan dan membantu untuk mudah bangun.

9- Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari (Qailullah) iaitu sebelum masuk waktu Zuhur atau selepasnya, sekadar dalam setengah jam.

10- Elakkan dari banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.

11- Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.

12- Menjauhi dosa dan maksiat, kerana ia dikenal pasti sebagai penghalang pertama & utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.

13- Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.



Wednesday, 11 July 2012

blog kesukaan aku


yeah. i know blog i xpopular pon. dengan setakat follower yang xsampai top ten memenuhi space blog yang tak berapa nak besar nih. tapi tak kisah lah dan sekarang nak berkongsi blog kesukaan aku.


First
jatuh cinta dengan blog nih suara kalbu tulis baca dengan hati! jumpa time menggoogle pic kucing. emosi menyampah. ayat santai, padat dan idea yang kita tahu apa yang nak di sampaikan. puitis dan kucing2nya yang comel. she tells the stories dengan penuh makna dan tatabahasa. itu yang aku cari . not too much joke yang susah nak paham! dan paling suka bila entries nya yang pendek2 senang nak baca dan xbuang banyak masa. heheh


second
princessuna. blog ala2 hot mama yang ada anak SATU. best coz then i know ohhh. ni yang mak rasa bila anak dia besar depan mata. dan membuatkan saya sayanggg mak saya. serius bila Puan Husna Hadzarami bercakap aku rasa eh betol lah. best nya. dan dia bercakap tentang apa yang dia rasa . not hipokrit oke! dan  aku suka entry grammar freaknya. mau terdiam kalau kena! Ttt..

third
Kunfayakun. suka. bukan sebab dia isteri Ally tapi sebab entries nya yang boleh dibuat manfaat dan jesteru merubah aku kearah itu. memberi aku kesedaran dengan ayat nya yang molek ! entries beliau wat aku bermonolong oke awak berjaya wat saya faham dalam bahasa yang mudah. i love it.


fourth
blog yang wat aku gelak guling2. syafiq roq. knowing it coz he is one of my santunian. bulkan bunian oke. santun+ian =  santunian. tutorial2 beliau yang boleh aku kata lol dan lukisan2 beliau yang sangat cantik dan ada mesej yang tersndiri. dan lawak yang mudah aku faham!


oke. cukup lah aku bagi top 4 blog kesukaan aku. yang tak masuk senarai top 4 maaf lah ye. cuba lagi thun depan. nope. korang tetap dihati oke.dah sudah. tido esok ada training lagi! bye3

program berturut2


Assalamualaikum..

Terasa cepat giler bila bulan puasa dah makin nak menghampiri dan masa-masa terluang cuti semester pun berjalan mengikut arus dan tengok2 nanti dah lesap macam tu je. Xnakkk.Ttttt . .

Students lain semo dah bersorak kegembiraan bersama keluarga terchenta . dorang dah selamat pon meraikan raya cina, hinu, gawai, dayak (ada ke? . . hehe) , iban semo dah ada dan aku sedang berpindah randah dari kolej tun syed nasir ke hutan lipur dan ke kolej tun syed nasir balik then pergi kolej rahim kajai pulak dan otw ke UMT pulak. Macam orang nomad dalam pelarian dah gaya nya. Hurmmm..

Program pengesanan awal breast cancer.
Wat kat persatuan orang buta Malaysia kt Tun sambathan. PENGALAMAN deal dengan orang buta yang memerlukan kita peka dengan keadaan dorang and take action dengan segala kekurangan dorang. Blind dan sensitivity pendengaran berkait rapat. So bila kat kaunter pendaftaran pendedahan awal apa tu EIT dan BSE penting untuk diterang dengan berkesan kat orang kelainan upaya. Not 100%  adalah oKU.
Giliran sorang mak cik nih. I can’t speak coz she can’t get me! Jalan termudah pegang tangan mak cik nih dan cakap biar ada tone dan sebutir2. Alhamdulillah. .  It’s work. and the warm masa pegang tangan mak cik tu masih terasa. Dan ia menyedar kan saya yang mereka memerlukan kita dan sekali gus meyedarkan saya betapa bersyukurnya  nikmatnya penglihatan yang Allah bagi. Allahuakbar.
Dalam masa yang sama respect sebab dorang ada kesedaran ntok buat breast screening. X semo ada kesedaran nak buat breast screening macam nih . dan ia sangat penting as being are woman. Come on meh!
scene yang paling terharu adalah apabila melihat satu family nie. ayah pegang anak. mak pegang ayah. kedua2 ibubapa dia buta dan anaknya saja yang ada penglihatan yang sempurna. ternyata berbaloi usaha mereka membesarkan anak mereka. sekali lagi menyedarkan saya bahawa setiap ibubapa mengharapkan anak2nya balas balik setiap penat lelah mereka membesarkan kita . jangan jadi kacang lupa kulit!

Latihan medan Lata Jarum, Raub, Pahang.
STAMINA. Itu lah yang boleh dicakap sebab ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental. (dengan saiz saye yang come lote nih. Mengah weh.) jungle tracking dan ditambah dengan tugasan memasak dalam hutan dan tiba2 menyelamat pun dalam hutan. Kejang sekejap kaki aku mendengar. Hoho. Dan malam nya tido xsedar diri.  Dan time2 bersyukur kelegaan datang pulak task yang terakhir yang jugak menyelamat. simulasi plop.. hoho…

KETENANGAN. Dongak atas hijau je dan buih2 water fall mengreleasekan semo beban dan rasa yang membelenggu jiwa. Serius. Oxygen yang disedut kat atas rasa fresh dan bertenaga. Dan kat tepi curam2 batu air terjun tangan atas air dan kepala dongak ke atas. Rasa pencinta alam yang sebenar. Wahaha hiperbola sungguh. !!
N otw back. Xnak tido coz sayang nak tinggalkan bumi darul makmur yang kaya dengan pemandangan semula jadi. Dan Air terjun Lata Jarum wat aku hysteria tahap dewa  xleh mandi puas2. Huhuh. Rase macam nak call Mak Njang yang berada di daerah Raub ini jugak. “mak njang jom datang cini lagi cek nak mandi puas2.” Dialong budak2 gedik yang main air. Adoi !! Rindu kepada mereka dan keluarga mereka. Ttttt . .

Otw balik jugak ditayang SANTAU yang buat aku memang nak meracau sekejap tapi nak tengok jugak. Degil dan last2 main tut cak tut cak. Scene yang ada hantu aku x tengok dan bila ada hero jek aku tengok. Hehe. Macam apa je!! Seram walaupun orang seat sebelah wat derk je tengok. Ok fine awak berani!
Dan cer tengok gambar dibawah. Dengan merujuk gambar dibawah cari muka saya. Biha dapat mencari walaupun aku xdapat cam lagi muka aku sendiri. She knows me better. Gedik tengok oh my English ckit speaking pulop.


Perhimpunan kebangsaan UMT (SISPA)
LATIHAN. Hoho. Rasa macam nak nagis walaupun belum mula pun lagi. Hoho.
Dan bertolak ke UMT mempertarungkan diri ntok kawat… SISPA . . . UKM !!!!
semoga bahu yang menggalas tak terasa berat dan mudah2an semua berjalan lancar. Amin :D




Tuesday, 26 June 2012

more words today #3

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda :
Sesungguhnya, di antara manusia yang mula-mula dibicarakan dan dihukum pada hari kiamat adalah, pertama, orang yang gugur syahid. Dia dibawa menghadap, maka Allah menyatakan kepadanya satu-persatu nikmat-Nya, lalu dia pun mengakui menerimanya. Allah bertanya kepadanya, "Maka apa yang engkau telah lakukan pada nikmat-nikmat itu?"

Dia menjawab, "Aku berperang kerana mematuhi perintah-Mu, sehingga aku gugur syahid,"

Allah berfirman, "Engkau berdusta. Akan tetapi, engkau berperang supaya orang mengatakan engkau berani, dan telahpun dikatakan sedemikian," Kemudian dia dihukum lalu diseret dengan tertiarap sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Kedua, orang yang belajar ilmu dan mengajarkannya serta membaca al-Quran . Dia dibawa menghadap, maka Allah menyatakan kepadanya nikmat-nikmat-Nya satu persatu, lalu dia mengakui menerimanya. Allah bertanya, "Maka apa yang telah engkau lakukan pada nikmat-nikmat itu?"

Dia menjawab, "Aku belajar ilmu dan mengajarkannya serta membaca al-Quran kerana mengharap keredhaan-Mu,"

Allah berfirman, "Engkau berdusta. Akan tetapi engkau mempelajari ilmu supaya orang mengatakan engkau alim, dan engkau membaca al-Quran supaya orang mengatakan engkau seorang qari, dan telahpun dikatakan sedemikian," Kemudian dia dihukum lalu diseret dengan tertiarap sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Ketiga, orang yang telah dimewahkan oleh Allah hidupnya serta diberi-Nya sebahagian dari segala jenis harta benda kekayaan. Dia dibawa menghadap, maka Allah menyatakan kepadanya nikmat-nikmat-Nya satu-persatu, lalu dia mengakui menerimanya. Allah bertanya, "Maka apa yang engkau telah lakukan pada nikmat-nikmat itu?"

Dia menjawab, "Aku tidak tinggalkan satu pun jalan yang Engkau suka dibelanjakan kekayaan padanya melainkan aku belanjakan padanya, kerana mengharapkan rahmat-Mu,"

Allah berfirman, "Engkau berdusta. Akan tetapi engkau belanjakan harta kekayaanmu supaya orang mengatakan engkau seorang dermawan, dan telahpun dikatakan sedemikian," Kemudian dia dihukum lalu diseret dengan tertiarap sehingga akhirnya dihumbankan ke dalam neraka.

(Hadis Riwayat Muslim)

Saturday, 23 June 2012

oh ulat beluncas


 kesedaran dan pedoman
ulat beluncas
" jangan ganggu aku
aku xbwa bencana klo manusia xkacau aku"
said si ulat beluncas


 satu kisah untuk di kongsi bersama..

"Ada seorang lelaki yang meminta rama-rama dan bunga daripada Allah. Setiap hari dia berdoa supaya Tuhan memakbulkan doanya. Dia sangat- sangat berharap dia akan memperoleh rama-rama dan bunga. Namun pada satu hari, Allah bagi dia pokok kaktus dan ulat beluncas. Lelaki itu sangat kecewa. Dia merintih kenapa Tuhan beri dia ulat beluncas dan pokok kaktus, padahal dia meminta rama- rama dan bunga. Semenjak itu, dia telah berhenti berdoa. Dia sangat kecewa dengan Tuhan. Lalu, dia membiarkan sahaja ulat beluncas dan pokok kaktus kerana doanya tidak dimakbulkan dan tanpa sedar masa berlalu. Detik demi detik, minit demi minit...
Sehinggalah satu hari itu, pokok kaktus itu mengeluarkan bunga yang sangat cantik dan juga ulat beluncas itu telah menjadi rama-rama yang berwarna-warni dan menawan.. Dan pada masa itulah dia sedar yang dia telah tersilap. Dia bersyukur teramat sangat dengan pokok kaktusnya yang telah berbunga dan juga ulat beluncasnya yang telah pun menjdai seekor rama- rama. Pada masa itu dia sedar yang Allah masih lagi memakbulkan doanya walaupun dengan cara yang dia tidak suka"

pengajaran daripada cerita tersebut: 'Tuhan telah memberikan kita sesuatu walaupu  kita tidak suka walhal sebenarnya apa yang kita tak suka itulah yang menggembirakan kita'
dan bersyukur lah dalam apa yang kita terima ^^



more words today #2

No amount of guilt can change the past and no amount of worrying can change the future. Go easy on yourself, for the outcome of all affairs is determined by Allah's decree. If something is meant to go elsewhere, it will never come your way but if it is yours by destiny, then it cannot flee from you. [Umar Ibn al-Khattab]

more words today #1

Do not let your difficulties fill you with anxiety; after all, it is only in the darkest nights that the stars shine more brilliantly. - Ali Ibn Talib (R.A)

Tuesday, 22 May 2012

wordless wednesday #1



ada apa kat hukm?


assalamualaikum...

okee... ptg tadi baru balik dari ppukm kat cheras.
apa sebenarnya ppukm? oke sebenarnya kat ppukm tu merupakan pusat perubatan ukm yang menempatkan pelajar perubatan ukm. kat sini lah terletaknya hukm. dulu2 aku terpikir gak time2 baca surat khbar dy mention hukm. kat mana sebenarnya tu..? persoalan tu dahh lama membelenggu kpla otk ak. tapi at last dapat tengok sendiri. oke ap ada kat hukm.? aku xtaw secara keseluruhannya tapi time tadi just melawat officially tempat pelajar PDR iaitu radiografi dan radioterapi. bunyi mcm nak sama tapi xsama. hehe.. Tujuan pergi adalah mendedahkan kitorang ttg peralatan PDR. banyak lah and bagi kefahaman ttg kos ak sbb sebelum nie xleh tengok peralatan tu secara real. sebesar2 gajah pom ada machine ntok killing the cancer cell. terkejut sebentar n harga nya adalah 12 JUTA. mak aii npe mahal sgt. wahuhuhu

apa yang ada kt cni?pesakit je lah yang ada and first time masuk bangga lah sikit tapi mai bab CESMED hampehhh...
oke.. time masuk nampak sume pakai baju biru tie in tudung kedalam.nursing.. nursing pom kat cni gak dan sedikit jeles *tiba2
sedikit jeles lagi bila nampak machine ATM dy ad empat teratur elok kat situ. jeles kot, kat KL satu je. huhu
*itu pom nak jadi isu ke? hehe
best x kat cini? best coz it teach me to appreciate apa yang kita ada. kesian tengok lah sebenarnya. ada sorang budak nie kecik2 dah sakit. n time kami pergi pon nampak budak2 medic tengah borak2 ngan nye. xnak bagi dy sedeh kot. n time dia di sorong msuk ntok wat angiografi nampak lah muka nya yg sedeh n mak dy tenang kan dy *baiknya seorang ibu terima anak dia seadanya n sanggup bersusah demi anaknya.

amek dr google coz xsempat snap gambar =)
Dan kesian tengok burung merpati kat depan KTDI ke? xpasti tapi yang pasti burung tu dah mati. xda sapa nak selamatkan dia. doktor kan ramai. huhuhuhu. awak kena faham tuan blog bahawa sa nya burung dan manusia dan burung xsama. situ tempat selamat org. tapi kannn... still kena selamatkan burung tu kan?
kan3... huhu
sekian je lah bebelan aku ntok blog aku yang dah berdebu kotoran sume dah melekat. boleh guna vanish n daia dah nie. oke lah bye3

Writen by : tuan blog =)

Saturday, 28 April 2012

give me a space..

kalau ada kesilapan dariku, maafkan aku
kerana aku xmampu menyusun ayat terbaik untukmu
sungguh khilafku xmampu aku sembunyikan
kalau ternampak dek kamu maafkan aku
aku xmampu tersenyum di saat kau sakiti aku
aku hanya mampu melihat perbuatan mu itu dengan jiwa yang sebal
aku juga letih memakan kata
letih memujuk hati
give me a space to think about it!
I need an oxygen *tercungap2 kepenatan

Ya Allah bukalah pintu hati dia untuk maafkan aku = =
sungguh I already forgave you **
dan oleh sebab itu....



                     because --------------------------------------------------------------------->

Wednesday, 4 April 2012

falling in love at first sight

 tajuk entry yang sungguh mantap >>haha.. jiwang karat tak terkira
sayang nya tajuk ini adalah dongeng cinta
tiada dongeng di alam semesta yang menyatakan bahawa ianya nyata

content nya sahaja tidak auta
yakni di satu ketika 
dia saat mata terbuka dan
jantung mula berdegup
ku mengatakan kau lah insan yang akan ku cinta 
yang akan ku kasih di saat terakhir nafasku
insan yang akn menemani setiap perjalanan hidupku
sungguh aku sayang mereka
sayang mak selamanya =)


saat tangan sibuk mengshare pasal oh my dear future husband.. i will cook i will bla3 hati turut mengiakan dan berkata i will tapi di satu sudut kita terlalai dan terlupa yang ada insan yang lebih berhak untuk cinta kita_iaitu mak ayah kita of coz
bila owg antq mcg dh mkn ke belum dan dinner bersuap2 ko g suap mak ayah ko lagi baguih 
dapat pahala amal jariah

mak :: 
ketegasanmu mengajar erti kepatuhan
kasih mu buatku  bahagia
ucapan salam membuat ku bertambah rindu
kecekalan mu mengajar ku erti tabah

dari Abu Hurairah R.A.
Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W. dia bertanya "wahai Rasulullah , siapakah yang paling layak untuk bergaul dengan paling baiknya?" "Ibumu." Baginda SAW menjawab. "kemudian siapa?", "Ibumu", "kemudian setelahnya siapa?", "Ibumu." Untuk kali berikutnya orang itu bertanya lagi, "kemudian siapa?" "Ayahmu" jawab Baginda Rasulullah S.A.W.





:: KASIH MAK TIADA TANDINGAN
~KAK LONG SAYANG MAK =)