words spread

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3; “.pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu.

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

ISLAM is not just a religion, it is also a WAY OF LIFE
Logik kah kita menunggu hidayah tanpa perlu mencarinya.? Bak perut yang sedang kelaparan, logik kah ia kenyang tanpa dikenyangkan.? Ada kalanya kita beruntung ada orang yang menghantarkan makanan, tetapi logiknya kita mesti mencari makanan itu sendiri. Begitu juga dengan hidayah.

Aku mesti mencari cinta Allah sebelum akumencari cintamu.

'Wahai Tuhan yang memegang hati ini, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu dan ketaatan kepadaMu.
Duhai hati, janganlah terkorban dengan DUNIA. Hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna.

"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." [Imam Nawawi]

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan, "Sebaik2wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

Dari Anas r.a katanya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah kamu bercita-cita supaya cepat mati kerana ditimpa sesuatu kesulitan. Sekiranya dia berada dalam keadaan yang mengharuskan dia berbuat demikian, bolehlah dia berkata: Ya Allah, hidupkanlah aku sekiranya hidup itu lebih baik bagiku. Akan tetapi sekiranya mati itu lebih baik bagiku, matikanlah aku." (Sahih Muslim).

cinta kepada bunga akan layu. Cinta kepada manusia akan berpisah. Cinta kepada Allah swt akan abadi.

hidayah perlu dicari bukan dinanti

nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya, akal mengatakanperempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

mendambakan imam muda, Didiklah diri menjadi makmum muda. dambakan putera puteri agama, didiklah menjadi permaisuri agama.

“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”_surah Ar-Rahman.

“Ya Tuhanku, berilah petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu yang telah engkau limpahkan kepadaku dan kedua orang tuaku, dan agaraku dapat berbuat kebajikan yang engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang muslim.” (QS Al-Ahqaf [46]:15)

Apabila terasa RINDU kepada seseorang yang tidak sepatutnya..ucaplah "MA FI QOLBI GHAIRULLAH"

Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)

Cinta pada bunga, ia akan layu, cinta pada manusia, ia akan mati, cinta pada Allaah, kekal abadi.

No comments:

Post a Comment