Wednesday, 17 October 2012

minat Mamat

Kinda minat Mamat.Kinda suka sangat tengok Mamat. Cara Mamat sembang, cara Mamat gelak.Kinda suka sgt tengok Mamat cakap, confident habis. Masa kat kantin, Kinda cakap dengan orang lain tapi pada masa yang sama Kinda tengok Mamat.
Pada suatu hari, Mamat dengan Kinda main dekat padang. Masa tu Mamat tegur Kinda.Mamat sebut hai je. Kinda rasa happy sampai rasa nak pengsan.
Kinda juga suka usher Mamat dalam kelas. Masa Mamat duduk kat bangku panjang. Masa Mamat borak dengan kawan sebelah nya atau pon time Mamat datang awal ke sekolah.
hari makin hari, Kinda menjadi fedup dan bosan.bila minat menjadi penantian cinta dan penantian nya tidak bermakna Kinda tersedar dan terfikir bahawa semuanya sia-sia.
 sekuat mana Kinda minat, sekuat mana pengharapan dan minat menjadi rindu dan cinta kalau Allah kata bukan masanya
: : semuanya tidak bermakna dan
: : menjadi debu-debu di padang lalang,
: : menjadi serbuk gula di dalam gudang dan
: : menjadi butiran pasir di tengah pantai.
selalu, Kinda mintak dengan Allah supaya menjauhkan Mamat dari pandangan Kinda. justeru, Kinda mula melebarkan kasih nya melihat disekitar alam. kelihat kebesaran Tuhan, menikmati keindahan.

Alhamdulillah



No comments:

Post a Comment