Wednesday, 11 July 2012

program berturut2


Assalamualaikum..

Terasa cepat giler bila bulan puasa dah makin nak menghampiri dan masa-masa terluang cuti semester pun berjalan mengikut arus dan tengok2 nanti dah lesap macam tu je. Xnakkk.Ttttt . .

Students lain semo dah bersorak kegembiraan bersama keluarga terchenta . dorang dah selamat pon meraikan raya cina, hinu, gawai, dayak (ada ke? . . hehe) , iban semo dah ada dan aku sedang berpindah randah dari kolej tun syed nasir ke hutan lipur dan ke kolej tun syed nasir balik then pergi kolej rahim kajai pulak dan otw ke UMT pulak. Macam orang nomad dalam pelarian dah gaya nya. Hurmmm..

Program pengesanan awal breast cancer.
Wat kat persatuan orang buta Malaysia kt Tun sambathan. PENGALAMAN deal dengan orang buta yang memerlukan kita peka dengan keadaan dorang and take action dengan segala kekurangan dorang. Blind dan sensitivity pendengaran berkait rapat. So bila kat kaunter pendaftaran pendedahan awal apa tu EIT dan BSE penting untuk diterang dengan berkesan kat orang kelainan upaya. Not 100%  adalah oKU.
Giliran sorang mak cik nih. I can’t speak coz she can’t get me! Jalan termudah pegang tangan mak cik nih dan cakap biar ada tone dan sebutir2. Alhamdulillah. .  It’s work. and the warm masa pegang tangan mak cik tu masih terasa. Dan ia menyedar kan saya yang mereka memerlukan kita dan sekali gus meyedarkan saya betapa bersyukurnya  nikmatnya penglihatan yang Allah bagi. Allahuakbar.
Dalam masa yang sama respect sebab dorang ada kesedaran ntok buat breast screening. X semo ada kesedaran nak buat breast screening macam nih . dan ia sangat penting as being are woman. Come on meh!
scene yang paling terharu adalah apabila melihat satu family nie. ayah pegang anak. mak pegang ayah. kedua2 ibubapa dia buta dan anaknya saja yang ada penglihatan yang sempurna. ternyata berbaloi usaha mereka membesarkan anak mereka. sekali lagi menyedarkan saya bahawa setiap ibubapa mengharapkan anak2nya balas balik setiap penat lelah mereka membesarkan kita . jangan jadi kacang lupa kulit!

Latihan medan Lata Jarum, Raub, Pahang.
STAMINA. Itu lah yang boleh dicakap sebab ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental. (dengan saiz saye yang come lote nih. Mengah weh.) jungle tracking dan ditambah dengan tugasan memasak dalam hutan dan tiba2 menyelamat pun dalam hutan. Kejang sekejap kaki aku mendengar. Hoho. Dan malam nya tido xsedar diri.  Dan time2 bersyukur kelegaan datang pulak task yang terakhir yang jugak menyelamat. simulasi plop.. hoho…

KETENANGAN. Dongak atas hijau je dan buih2 water fall mengreleasekan semo beban dan rasa yang membelenggu jiwa. Serius. Oxygen yang disedut kat atas rasa fresh dan bertenaga. Dan kat tepi curam2 batu air terjun tangan atas air dan kepala dongak ke atas. Rasa pencinta alam yang sebenar. Wahaha hiperbola sungguh. !!
N otw back. Xnak tido coz sayang nak tinggalkan bumi darul makmur yang kaya dengan pemandangan semula jadi. Dan Air terjun Lata Jarum wat aku hysteria tahap dewa  xleh mandi puas2. Huhuh. Rase macam nak call Mak Njang yang berada di daerah Raub ini jugak. “mak njang jom datang cini lagi cek nak mandi puas2.” Dialong budak2 gedik yang main air. Adoi !! Rindu kepada mereka dan keluarga mereka. Ttttt . .

Otw balik jugak ditayang SANTAU yang buat aku memang nak meracau sekejap tapi nak tengok jugak. Degil dan last2 main tut cak tut cak. Scene yang ada hantu aku x tengok dan bila ada hero jek aku tengok. Hehe. Macam apa je!! Seram walaupun orang seat sebelah wat derk je tengok. Ok fine awak berani!
Dan cer tengok gambar dibawah. Dengan merujuk gambar dibawah cari muka saya. Biha dapat mencari walaupun aku xdapat cam lagi muka aku sendiri. She knows me better. Gedik tengok oh my English ckit speaking pulop.


Perhimpunan kebangsaan UMT (SISPA)
LATIHAN. Hoho. Rasa macam nak nagis walaupun belum mula pun lagi. Hoho.
Dan bertolak ke UMT mempertarungkan diri ntok kawat… SISPA . . . UKM !!!!
semoga bahu yang menggalas tak terasa berat dan mudah2an semua berjalan lancar. Amin :D




No comments:

Post a Comment