Saturday, 23 June 2012

oh ulat beluncas


 kesedaran dan pedoman
ulat beluncas
" jangan ganggu aku
aku xbwa bencana klo manusia xkacau aku"
said si ulat beluncas


 satu kisah untuk di kongsi bersama..

"Ada seorang lelaki yang meminta rama-rama dan bunga daripada Allah. Setiap hari dia berdoa supaya Tuhan memakbulkan doanya. Dia sangat- sangat berharap dia akan memperoleh rama-rama dan bunga. Namun pada satu hari, Allah bagi dia pokok kaktus dan ulat beluncas. Lelaki itu sangat kecewa. Dia merintih kenapa Tuhan beri dia ulat beluncas dan pokok kaktus, padahal dia meminta rama- rama dan bunga. Semenjak itu, dia telah berhenti berdoa. Dia sangat kecewa dengan Tuhan. Lalu, dia membiarkan sahaja ulat beluncas dan pokok kaktus kerana doanya tidak dimakbulkan dan tanpa sedar masa berlalu. Detik demi detik, minit demi minit...
Sehinggalah satu hari itu, pokok kaktus itu mengeluarkan bunga yang sangat cantik dan juga ulat beluncas itu telah menjadi rama-rama yang berwarna-warni dan menawan.. Dan pada masa itulah dia sedar yang dia telah tersilap. Dia bersyukur teramat sangat dengan pokok kaktusnya yang telah berbunga dan juga ulat beluncasnya yang telah pun menjdai seekor rama- rama. Pada masa itu dia sedar yang Allah masih lagi memakbulkan doanya walaupun dengan cara yang dia tidak suka"

pengajaran daripada cerita tersebut: 'Tuhan telah memberikan kita sesuatu walaupu  kita tidak suka walhal sebenarnya apa yang kita tak suka itulah yang menggembirakan kita'
dan bersyukur lah dalam apa yang kita terima ^^



No comments:

Post a Comment