Saturday, 28 November 2015

mini pelamin DIY

rasa macam tak tenang pulak dah janji dengan diri sendiri to write blog post EVERY DAY end up tak menepati janji tu kat diri sendiri. so di sini aku nak kongsi mini pelamin impian senang nak rujuk pada masa datang.

baik rasanya tengok dan google review sikit-sikit. nope2 tak merancang apa2 event dalam masa terdekat ni. saja nak menghabiskan masa dengan berfaedah

sekarang ni untuk sewa pelamin pun ribu riban. so nak berjimat boleh lah cari ilham sikit. nak bercakap pasal mampu boleh je semo boleh bercakap pasal mampu. tapi bila bercakap pasal saving why not saving that money buat benda yang lebih berfaedah atau lebih berguna kan

ilham untuk buat mini pelamin aku mesti ada :

1. langsir
part ni paling penting untuk buat mini pelamin. jenis fabrik. macam mana decorate dan cara jahitan pelamin

jenis fabrik akan aku cakap the next post oke.

2. lampu pencahayaan
apa yang aku perhatikan pencahayaan penting untuk pelamin. memainkan peranan penting ooo
nanti aku survey harga dan design. ikea senang bak cari barang kot

3. kaki bunga dan bunga
http://stellarbne.blogspot.my/2014/09/tips-buat-pelamin-diy.html

4. bantal cenonet susun tepi2 tu oke
boleh jugak buat sendiri. or ready made je. buat sendiri takut kendur dan tak cekang macam yang di jual.

5. kerusi
http://stellarbne.blogspot.my/2014/09/tips-buat-pelamin-diy.html

6. karpet hamparan kat lantai

7. bantal bulat

8. hiasan tambahan etc lampu lip lap or daun2 around langsir

9. mesti ada rill untuk gantung tirai pelamin

paling penting semua kat atas ni disusun dan nampak elegand xnampak murah

10. bunga crepe


inspirasi blog yang dapat aku jumpa http://nurdano.blogspot.my/2012/09/sewa-pelamin.html

from http://ceritacikdayah.blogspot.my/2011/12/mini-pelamin-diy.html

from https://misikahwin.wordpress.com/2013/06/06/13-pelamin-kahwin-idaman/

Wednesday, 25 November 2015

Penang Hill

Tahu tak apa yang mengembirakan seorang anak? Iaitu menggembirakan keluarga nya terutamanya ibu

Setegar mana pun anak tu melukakan hati ibu tapi jauh di sudut hati mesti juga tersimpan rasa menyesal

So hari minggu hari tu dapat bersama keluarga ke Penang Hill

Lets the picture talk :p



Sunday, 1 November 2015

appreciate myself

kebelakangan ni mood asyik down je
bukan lah tidak gembira dengan hidup. bukan

ni hidup aku. xboleh lah aku cakap my life is suck
kalau aku x appreciate myself. sapa nak appreciate diri sendiri kan

so i keep saying. im strong. im doing great thing
just to comfort myself

bukan juga tidak gembira melihat kejayaan orang lain. gembira

tapi kerna aku pun punya hati

Thursday, 29 October 2015

childhood story


masa kecik-kecik zaman ribena dulu, mesti semua orang ada cerita favourite kan. yang bila ada masa show 2.00 petang akan set 2.00petang untuk tengok TV. pastu 2.00 petang terpacak depan TV.

so aku pun ada cerita favourite aku sendiri. aku minat siot cerita Rosyam Nor berlakon dengan Haliza Misbun. oh only who born tahun 90 je yang tahu cerita ni. penangan cerita ni sampai sekarang aku ingat doh.

tajuk cerita Andai nya Aku Tahu. so Rosyam Nor ni bercinta dengan Haliza misbun since sekolah. di takdirkan Rosyam Nor ni budak pandai dan dapat study oversea. sepanjang pengajian tu si Haliza yang support dari segi kewangan. cinta Mati lah kan. but suddenly he came back to Malaysia bring the other woman. so sepanjang jalan cerita tu lah aku sakit hati. you know the feeling of betrayed. huh

paling menggamit kenangan lagu Fauziah Latif



speaking of childhood story. aku ni jenis xlayan cerita-cerita pokemon dot dot childish ever made. i cant speak of that pun. zaman kecik aku layan cerita melayucinta-cinakutiphutangbusnes-hindudendam-cinalagiceritabidadarikayangan what so ever. hahaha

oh banyak gila lah kalau nak cerita pasal dulu. throwback sampai lebam haha.

since then xoxo

Saturday, 24 October 2015

kisah graduasi : preview

sebenarnya banyak sangat kisah yang aku nak kongsi pasal graduasi ni..

tapi i dunno how to start. and dont have idea yet

tunggu ye. akan bercerita juga pasal ni. annoyed x aku update entry nak cakap pasal ni je. akan update blog ;')

see you soon :)

Monday, 19 October 2015

Cerita hari ni

Cerita nya hari ni aku praktikal radiologi kat ppukm

Ada satu kes radiologi tu sedih sangat bagi aku.

Yelah kau bayangkan budak 10 tahun macam tu di request untuk buat pemeriksaan radiologi lah (tak perlu lah aku cerita panjang pasal kes tu sebab aku nk cerita kisah budak tu yang sebenarnya). Banyak je kes lain yang budak sebaya dengan budak tu di request pemeriksaan hatta umur 2 atau 3 bulan pun. Banyak je

Budak ni datang untuk pemeriksaan la. Bila MA nak masukkan ubat dia mula lah nangis. Sebab ubat tu pekat sikit. Dan rasa panas bila masuk dalam vein kau. So xsalah pun budak tu nangis.

Dia pun sebut 'perlahan-perlahan'. Ubat bila masuk dalam vein yang kecil akan rasa lagi sakit. So bila perlahan akan kurang lah sikit sakit. Its simple logik kan . Aku ni dah start bergenang air mata dah . Tinggal xmenitik je huu.

Yang budak tu jangan cita lah. Time tu dy tengah baring bergenang lah air mata kat kelopak mata dia (xboleh nak kasi gambar patient privasi huu). Aku pun kasi lah tisu kat ayah dia sambil hosok-gosok tenang kan dia. i dunno if im helping tho it is not too much :'(

Budak ni di request pemeriksaan pada bahagian thorax sebab dah ada bone mets ( kanser yang dah merebak kat bahagian tulang). Indikasi sebenar pesakit ni ewing sarcoma. Awal tahun ni kot ak jumpa budak ni buat rawatan kanser kat hukm jugak. Kat jabatan radioterapi masa tu dy still ada kaki dan jalan terjengkek jengkek masuk bilik rawatan. Tungggu awal pagi dengan ceria dok ngodek2 depan kerusi menunggu.

It heart broken. Pagi tadi datang dengan kerusi roda. Ayah dia tolak. Kaki sebelah dah xda. give up tht leg since radioterapi cant treat tht sarcoma. Dari lutut ke bawah. Masih ceria. Xtunjuk pun muka masam. You are strong adik. Tho lepas rawatan radioterapi gagal masih datang pemeriksaan radiologi pulak. Awak xpandai putus asa dik. Hope fully you'll get better.

Working here really help me a lots. In term awareness.

Tengok orang ada masalah obesiti, cepat cepat kau jaga pemakanan kau
Tengok orang buat fluoroscopy check saluran usus cepat cepat kau do checklist how your bowel flow
Tengok orang buat ivu cepat je check how your urine retention

Your health is first priority. Take care of your health guys
Stay strong dik :'(




Sunday, 18 October 2015

outing

Salam Ahad uollls

sebenarnya aku ni manusia yang susah betul nak di ajak keluar pergi jalan-jalan dsbg. sapa yang kenal peragai aku akan tahu aku macam mana. Masa tu lah lecturer minta siapkan esaimen, masa tu lh mood nk keluar jalan aku xdtg. Mcm2

so last wednesday aku keluar jalan-jalan. keajaiban betul  sebab bila kawan aku ajak jom keluar, tanpa paksa rela aku pon jom on.

So last Wednesday kitorang pergi Midvalley and Nu sentral. Cuti maal hijrah kot masa tu so taw2 je lah sesak kat midvalley tu macam mana. Plan nak tengok wayang memang pasrah xsanggup nak beratur dan berbaris panjang dalam lautan manusia yang ramai tu. So ktorg patah balik turun Nu sentral kat KL Sentral. tengok wayang kat situ je aman tak banyak manusia sangat kat situ :P

So layan kan je welfie ktorg ni.







so we have so much fun and love. and happy for her because she soon to be a lucky girl. already lucky actually and big day will come. can'ttt wait hahahah

so it nice catch up. 

:) see you soon . wink wink

Sunday, 11 October 2015

Berat badan 38kg ? Omg

Assalamualaikum peeps

Berat badan index (BMI) sekarang adalah tidak stabil sebenarnya. Total BMI adalah 17.4 makna nya underweight. Padahal makan rasa macam nak gila dah. Macam monster dah tahap makan aku ni ha. Tapi setiap kali timbang mesti aku upset. Ye lah setiap kali mengharapkan berat mencecah 40 kg at least turn out tak cecah pun angka tu

It totally worry some to me. Ye lah start lah fikir macam2. Ada masalah metabolisma ke aku ni ( or it just me be paranoid tak tentu pasal) or maybe i have point here. Oh god or maybe hormon gelabah tak tentu pasal perasaan wanita aku je yang buat hal (salah kan hormon tiba2)

Berat masa form 4 n 5 lagi stabil. Or at least BMI 18.5 above. di fasa normal weight

Right now i'm not the happy one on planet. or at least not the happy human being yang terloncat2 gembira tengok meter timbang berganjak ke kiri.

Fikir positif. Xpe. Start thinking having breakfast, lunch, dinner without skip any of it. And on time too. Perhati graf berat naik ke tak. Then baru boleh buat konklusi. Cool2

Saturday, 10 October 2015

memori rindu

Assalamualaikum

memori masa sekolah menerjah otak aku. lama rasanya tak berjumpa kesayangan2 saya ni











all of us pasti ada memori kat sekolah yang pasti tak kan dapat di lupakan. rindu ini akan sentiasa utuh dalam ingatan, 

terima kasih tuhan atas kenangan ini. lets appreaciate present . 

Tuesday, 30 June 2015

pre-raya entry


Masih di kolej. Meneruskan pengajian seolah-olah tiada apa yang berlaku. Hakikat nya sehari pun belum berpuasa ramadhan di rumah. kesayangan-kesayang saya menunggu di rumah nuuu. Xpa hati kan kuat dan perkasa. 

Jadi mari lah meneruskan belajar macam biasa. 

so last Monday mesti lah pergi mencari tiket untuk balik beraya ke kampung. haruslah. jangan mengada nak cari tiket last minutes. Menangis lah kau sensorang xda sapa nak tolong kalau cari tiket last minit klo time-time nak dekat raya. jangan mengada nak cari pasal. 

so now i'm the happy kids. dah dapat tiket raya pergi balik lagi kauuu... haha

event-event sebelum raya pun dah di rancang. jadi sabar nyaaaa hati haha

And it is decided yang kitorang akan beraya di kampung (Kedah Darul Aman). dari kampung ke kampung lah kita.

so dear friends. sorry tapi not to worry raya ke 3 and ke 4 insyaAllah akan balik ke perak semula. see you soon ~~

Wednesday, 18 March 2015

Marilah Menjadi Sihat dan Cantik #selfchallenge

Assalam dan hai
Setiap kali pandang cermin stress tengok kulit kusam. Sapa xstress hoii. Benda ni aku dah fikir dah lama dah. Sangat2 lama. Kadang sampai termenung depan cermin (you'll know once you are girl. Lelaki xkan rasa). Memula aku xnak stress benda2 yang remeh ni ( benda ni xremeh taw. Because it related to your health juga. Dalaman xde element segar so xkan terserlah physically. You re not healthy you know).

Memula macam nak ingore je perasaan tu. Seing someone flawless make you down. jeles tau x jeles. Huhu. But until when nak avoid and ignore? Sigh. Macam xnak tengok orang cantik dan flawless. Tengok fb n instagram orang yang cantik make you want to block them ( haha. Bagi aku orang yang cantik adalah orang yang ada kulit yang cantik. It is not applicable if you hv different description from mine)

Sebenarnya terfikir juga untuk cuba ambil jalan mudah. Ambik je produk2 kecantikan yang berlonggok kat luar tu. Tapi terfikir. Betul2 sihat ke? You know. Bila ambik chemical ( ak sebut chemical lah ye. Because it basically you consume product. Made. not naturally). You need to deoxsidasi (by liver) and kidney need to work more.

I'm still early 20. so i think i needs it to stay healthy and fit. So aku letak challenge utk diri sendiri. 3bulan untuk tengok perubahan pada diri sendiri. Semangat3

nampak tak muka aku yang kusam. Eye bag whitehead lagi sigh stress tahu x stress

so here. Ak decide to do something new. InsyaAllah akan dilaksanakan. Benda yg once jd my hatred jd my hobby. jd my favorate. Menjadi kebiasaan hehe

1. Mulakan dengan makan buah dan tomato (lebihkan epal, tomato). Jus carrot. Amalkan 3 bulan
2. Minum air. 2 bottles a day ( 2 liter per bottle)
3. Exercise once a week. 

For now aku akan cuba betul2 untuk amalkan and hv disciplin. akan cuba berkongsi apa yg aku buat utk sentiasa atas landasan. You all can join me and sharing useful info. Hv s nice day you all

Ni senarai rujukan aku :p
1.http://thisismetrixit.blogspot.com/2012/01/20-tips-kulit-cantik-sihat.html?m=1
2.http://norfanil.com/petua-menjaga-kulit-muka-secara-natural-menggunakan-tomato/

Monday, 2 March 2015

dear crush

Assalamualaikum dan hai

refer to title. Mesti korang pun boleh agak apa pengisian ak masa ni. Walaupun ilmu aku xbanyak atau xsehebat mana tapi aku nk menaip jugak. and im sharing. You hv right to share or keeps it. At least prinsip atau apa yg aku nak bebelkn ni useful for you. Not much but at least. Ceh ada ke manusia yg baca blog aku ni. Let say ada. Baru lh motivated utk bercerita sikit :p

Crush. Bahasa mudah yg ak boleh paham adalah kau suka dia atau dia suka kau. mana mana lah tak kisah. Tapi yang pasti dalam diam. Stalker wujud utk versi melampau utk golongan2 crush. Boleh ke crush2 ni. ?blog boleh-ke-ada-crush. Pernah baca x blog ni ? Singgah2 lah baca. Ye complicated sikit story ni tapi utk ilmu ak gagah jugak lah baca (at the same time untuk mengubat hati juga. Im also curios boleh ke x crush atau minat kat orang ni ). Bila dia lalu depan kau kat fakulti, tempat kerja 'Waa dia ada lah... ' lalu berbunga lah hati.. biasa lah tu fitrah (xada fitrah ni. I dont know what to say).

For me it ok to be normal. but (it always have but) . It under control. kalau boleh mengelak, mengelak lah.

After sometimes everything will be ok. Perasaan pun akan jadi neutral. Kau tahu kau pernah minat dia. At least xlah se excited dulu. You're improved right?

admit. Menetap kan hati memang susah. Kalo kau cakap kau improved. Xda dah nk crush2 ni. Perasaan dalam hati mesti lah berbolak balik. Atau syaitan always there. Meletakkan hati kau dalam perasaan was2. betul ke ?


Pesan aku pada diri sendiri. Menetap kan hati tu susah. Menetapkan iman pun susah. Sebab iman dekat hati. Tapi iman boleh membimbing hati. Semoga hati dan iman sama-sama kuat. Sama-sama hebat. InsyaAllah

Saturday, 10 January 2015

entry khas untuk blog

Assalamualaikum dan hai

Aku dan blog memang teman rapat tapi bukan teman seperjuangan. Sayangkan something tinggal tinggalkan. Haha dan sebab tu blog ni selalu ditinggalkan. ayat pertama untuk entry pun dah controversial.

Sebelum tu meh ni nak lap habuk habuk sawang yang melekat. Lama xmenjenguk tetinggap kat sini

Masa yang aku tinggalkan tanpa membuat catatan memang lama. Memang mencabar betul hidup penuh dugaan sampaikan aku xsanggup nak buat catatan sebab tak nak ingat lagi. Mencatat memori yang best ye boleh buat kau ketawa bila baca balik. Tapi membaca catatan masa silam kau yang penuh duka, buat kau bersedih balik dan fikir 'woo macam ni ke hidup aku dulu? ' baik xpayah.

Ada orang cakap the best story is bad story. Pada aku no. ada ke orang yang enjoy baca story kau yang sedih? sedangkan orang membaca untuk keluar dari hidup mereka. Sebentar. Nah kau hidang kan dengan cerita yang penat weh nak digest. ( macam hiperbola pula ayat aku. Hihi ) So untuk aku these past few years is tunggang langgang hidup aku. tunggu lah aku punya life yang interesting sikit untuk dikongsi. Haha berjanji macam mat jenin janji ke laut.

Buat masa ni nah hidup lah dengan seadanya. Kipas diri bila rasa panas dengan diri. Bila rasa sebal dan kecewa. Pujuk lah diri agar lebih kuat. Hati yang kuat adalah hati yang kebal. kan? Memotivasi kan diri sendiri adalah our job. erm should i rename the entry title as entry tanpa motif. Haha. I hope for the incoming 2015 will be bring more happiness and bless. Until then see you soon. And happy new year to all

Oh. Amek ni buat kipas